Carian
Yahoo Menjual TechCrunch Kepada Firma Pelaburan
March 22, 2025 Aman

Yahoo hari ini dilihat telah menjual salah satu laman teknologi TechCrunch kepada sebuah firma pelaburan, dinamakan Regent. Nilai jualan tidak diumumkan buat masa ini.

TechCrunch telah diasaskan sekitar 2005 yang lepas, dan pada tahun ini ia berusia sekitar 20 tahun. Laman TechCrunch sedia memfokuskan kepada berita teknologi, disamping turut memberi fokus utama terhadap syarikat pemula serta dunia pelaburan melibatkan syarikat teknologi.

Syarikat yang mengambil-alih TechCrunch juga sebelum ini telah mengambil-alih Foundry, iaitu syarikat disebalik MacWorld dan juga PCWorld. Dengan pengambil-alihan ini, Regent mengukuhkan lagi kedudukan dan portfolio mereka melibatkan media teknologi.

Sebelum ini, TechCrunch telah diambil-alih oleh AOL pada tahun 2010 yang lepas. Tidak lama selepas itu, Verizon telah mengambil-alih AOL dan meletakkan pelbagai jenama media dibawah Yahoo. Pada 2021 yang lepas, Verizon telah menjual Yahoo kepada firma pelaburan Apollo Global.

Komen