Carian
Google Bereksperimen Dengan Buang Kandungan Berita Di Eropah – Mengatakan Tidak Memberi Impak Atas Pendapatan
March 22, 2025 Aman

Google hari ini berkongsi hasil eksperimen mereka melibatkan sejumlah kecil pengguna di Eropah, dimana Google membuang paparan kandungan berita pada perkhidmatan mereka bagi pengguna terlibat. Daripada eksperimen berkenaan, Google mengatakan ia tidak membawa sebarang kesan kepada pendapatan pengiklanan mereka melalui carian.

Hal ini sekaligus memperlihatkan kandungan berbentuk berita pada platform mereka tidak memberikan sebarang impak atau nilai yang tinggi dari segi pendapatan.

Eksperimen ini dilakukan oleh Google selari beberapa negara yang mengatakan Google menggunakan kandungan berita yang bernilai tinggi untuk penyedia enjin carian berkenaan – dan terdapat beberapa negara meminta Google dan syarikat teknologi lain untuk membayar untuknya. Namun, dengan hasil eksperimen ini, ia memperlihatkan kandungan berita tidak membawa impak pendapatan terhadap Google.

Sebelum ini, pihak Facebook turut pernah melakukan perkara sama, dan berkongsi ia turut tidak memberikan impak terhadap penggunaan dan pendapatan mereka.

Komen