MrBeast Dilaporkan Merancang Untuk Bangunkan Platform Khusus Pencipta Kandungan
Aman
MrBeast sedia menempa nama dalam arena pencipta kandungan, termasuk mempunyai bilangan pengikut tinggi di saluran YouTube, serta telah memperluaskan pasaran melalui penawaran produk makanan, dan juga kerjasama dengan Amazon untuk menghasilkan kandungan untuk Prime Video.
Bergerak ke hadapan, MrBeast dilihat mempunyai pelbagai perancangan dibawah syarikat mereka, termasuk membuat pelaburan dalam membangunkan platform memfokuskan pencipta kandungan.
Melaluinya, MrBeast merancang untuk membangunkan sebuah platform khusus yang boleh menghubungkan pencipta kandungan dengan pelbagai jenama, sekaligus memperluaskan capaian sesuatu kempen pemasaran.
Pada masa yang sama, platform tersebut turut disasarkan untuk membantu pencipta kandungan dalam membangunkan jenama dan produk masing-masing ke pasaran.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah produk ini akan dilancarkan, Pihak MrBeast tidak mengeluarkan sebarang komen terhadap laporan Business Insider yang terbaru ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.