Carian
Google Terpadam Data Google Maps Timeline Untuk Sejumlah Pengguna
March 22, 2025 Aman

Google kini telah mula memaklumkan para pengguna Google Maps Timeline, mengatakan mereka terpadam data garis masa lawatan pengguna yang selalunya disimpan pada Google Maps. Perkara ini melibatkan sejumlah pengguna.

Google sendiri telah mula emelkan pengguna dan memaklumkan perkara ini. Semakan kami sendiri memperlihatkan tiada data yang disimpan pada Google Maps Timeline untuk sebelum 14 Mac 2025.

Pengguna boleh mengembalikan data yang hilang sekiranya mereka pernah aktifkan sokongan salinan pendua pada Google Maps Timeline.

Kehilangan data ini mungkin mengecewakan ramai pengguna, dimana anda tidak boleh menyemak kembali tempat dan lokasi yang pernah anda lawat sebelum-sebelum ini. Bagi anda yang aktif menggunakan Google Maps Timeline, mungkin ini masanya untuk semua aktifkan salinan pendua awanan supaya data anda tidak hilang selepas ini.

Komen