Carian
OPPO Malaysia Kongsi Rezeki, Bersama Membantu Mereka Yang Memerlukan
March 24, 2025 Amir Zaki

Syarikat-syarikat pelbagai sektor terus memperkukuh komitmen terhadap masyarakat melalui pelbagai inisiatif menarik dalam melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing. OPPO Malaysia tampil sebagai salah satu syarikat yang aktif menyumbang melalui program kemasyarakatan yang bermakna dan berimpak positif. Tahun ini, OPPO bersama Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta AEON berganding bahu menjayakan aktiviti menarik bagi menyantuni anak-anak yatim. 

Melaluinya, mereka bukan sahaja menerima bantuan keperluan asas, tetapi juga akses kepada pendidikan digital membuka lebih banyak peluang untuk masa depan yang lebih cerah. Ia juga selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 4 (SDG 4) bagi memastikan pendidikan inklusif yang berkualiti dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua lapisan masyarakat. Pada masa yang sama meningkatkan infrastruktur pendidikan termasuk menyediakan bantuan Pendidikan. Masyarakat yang mendapatkan pendidikan berkualiti adalah asas untuk mewujudkan pembangunan yang mampan.


Kempen Ramadan OPPO Malaysia #MakeYourMoment

Ramadan, bulan yang penuh keberkatan adalah masa untuk memberi dan meraikan nilai kebaikan bersama. Bagi menyemarakkan semangat ini, OPPO Malaysia telah melancarkan kempen istimewa menerusi semangat #MakeYourMoment. Kempen ini bertujuan untuk membawa lebih banyak kebaikan kepada masyarakat terutamanya mereka yang memerlukan lalu menjadikan bulan Ramadan ini lebih bermakna. Melalui kempen ini, OPPO menyediakan 100 unit tablet OPPO Pad Neo serta barangan keperluan daripada AEON untuk diberikan kepada kepada golongan memerlukan. Inisiatif ini juga sejajar dengan semangat Ramadan yang mengutamakan nilai keprihatinan, kasih sayang dan murah hati. 


Kempen #MakeYourMoment ini bukan sahaja peluang untuk menyebarkan kasih sayang tetapi juga platform untuk bersama-sama menjadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna. Selain itu, OPPO dilihat menawarkan pelbagai tawaran yang menarik untuk melengkapkan pengalaman pengguna dengan teknologi dan inovasi terkini. Dengan adanya tablet ini, mereka bukan sahaja dapat mengakses pelbagai bahan pembelajaran, tetapi juga berpeluang mengekspresi diri, mengembangkan minat, serta berhubung dengan dunia luar. Ia juga bukan sekadar alat teknologi, tetapi menjadi ‘jambatan’ untuk mereka membina keyakinan, berkongsi impian, dan melangkah lebih jauh dalam kehidupan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen OPPO dalam memperkasakan generasi muda, selain memberi membina asas yang kuat untuk kehidupan mereka teruskan pembelajaran. 


Bersama Mencipta Harapan

Sebagai usaha menambah kemeriahan kempen, barisan personaliti terkenal seperti Janna Nick, Dini Schatzmann dan Sharifah Rose turut menyatakan sokongan mereka terhadap inisiatif ini. Sokongan mereka boleh dijadikan inspirasi kepada mereka yang ingin melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan komuniti malahan memberi peluang kepada komuniti untuk bersama-sama merasai semangat Ramadan. Ia bukan sahaja mencipta kenangan indah, yang tidak hanya untuk diri sendiri tetapi juga mereka yang memerlukan. Melalui pengaruh mereka juga diharapkan mesej kebaikan dan kasih sayang dapat disebarkan dengan lebih meluas. 

Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia, Monica Chin percaya bahawa teknologi mempunyai kuasa untuk mencipta perubahan yang positif. Melalui kempen ini, OPPO berhasrat untuk meningkatkan akses informasi digital kepada anak-anak yatim, yang mana penting untuk masa depan mereka. Dengan inisiatif ini, mereka dapat mempelajari kemahiran baharu, meneroka platform pembelajaran atas talian, serta berhubung dengan dunia luar. Lantas membolehkan mereka mengekspresikan diri menjadi lebih baik.


Cipta Detik Bermakna Bersama

OPPO Malaysia turut menyediakan Kotak Amal #MakeYourMoment di kedai fizikal rasmi terpilih. Dengan kotak ini, anda boleh memberikan sumbangan. Ia bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, tetapi turut memupuk keprihatinan terhadap persekitaran dan mendorong masyarakat untuk terus berbuat kebaikan. Kotak Amal #MakeYourMoment boleh didapati di kedai fizikal terpilih berikut :

  • IOI City Mall
  • Seremban Gateway
  • Pavilion KL
  • Setia City Mall
  • Pavilion Bukit Jalil
  • Imago Mall
  • Vivacity Megamall
  • Batu Pahat Mall
  • Sutera Mall
  • Aeon Bandaraya
  • KTCC
  • East Coast Mall
  • Queensbay Mall
  • Aman Central
  • Ipoh Parade

Kempen OPPO ini nampaknya bukan sekadar meraikan musim perayaan. Tetapi juga membawa makna yang lebih mendalam dengan memberi peluang kepada semua untuk mencipta memori indah bersama produk OPPO. Langkah ini juga merupakan salah satu strategi OPPO Malaysia dan agensi kerajaan untuk meluaskan jangkauan serta menggalakkan penglibatan secara menyeluruh antara masyarakat setempat demi memastikan kesejahteraan bersama. 

Penafian : Advertorial daripada OPPO Malaysia

Komen