Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya kini menjadi masjid pertama di Malaysia dengan sistem solar terbesar, sekaligus menjadikan ia lebih lestari berbanding yang lain. Penggunaan tenaga solar juga secara tidak langsung membawa kepada penjimatan penggunaan tenaga elektrik di masjid berkenaan, sekitar 20% ke 40%.

Masjid ini menggunakan panel solar yang ditempatkan pada bahagian bumbung. Sebanyak 862 modul PV solar digunakan, dan menyokong kapasiti 500kWP.
Langkah ini juga turut membawa kepada pengiktirafan pada Malaysia Book of Records dalam kategori “Pemasangan Sistem Solar Masjid Yang Terbesar Di Malaysia”. Usaha pemasangan ini juga turut dijayakan bersama Green Xperts.