Carian
YouTube Menguji Ciri Iklan Tajaan Video Yang Boleh Ditukar Ganti
March 24, 2025 Effi Saharudin

Untuk menjana pendapatan, pemilik saluran YouTube akan mengambil tajaan daripada pelbagai syarikat dalam bentuk iklan. Iklan tajaan video ini akan kekal selama-lamanya kecuali jika ia dipotong sendiri oleh pemilik saluran. Menurut Semafor, YouTube telah memulakan ujian dimana segmen video iklan yang ditaja ini boleh ditukar ganti dengan lebih mudah.

Ia akan membolehkan pemilik saluran memaparkan video iklan yang lebih baharu walaupun pada kandungan video yang sudah berusia. Tidak akan timbul lagi isu iklan promosi yang telah tamat atau produk yang tidak lagi wujud dalam video yang ditonton. Ciri ini masih lagi dalam proses ujian dengan tidak diketahui berapa ramai saluran YouTube telahpun diberikan akses awal.

Ciri ini sudahpun ditawarkan platform seperti Spotify dan Apple Music untuk memaparkan iklan di dalam podsiar yang ditawarkan kepada pendengar. Iklan ini berbeza dengan iklan pihak ketiga yang boleh diselitkan sekarang. Ciri ini hanyalah untuk memaparkan iklan yang dibaca atau memaparkan pemilik saluran sahaja.

Komen