Inovasi atau “inobasi”, Google Pixel 9 baru-baru ini telah menguji satu ciri imbasan biometri yang mungkin tidak ramai jangka akan diberikan oleh Google pada peranti mereka. Ciri ini adalah berkaitan sekuriti untuk pengguna mengimbas cap jari agar peranti boleh dinyahkunci. Bermula dengan Android 16 Beta 3, Pixel 9 menawarkan apa yang pengeluar peranti lain sudah tawarkan.

Ciri ini adalah untuk mengimbas cap jari ketika skrin mati atau tidak aktif. Bertahun lamanya, pengguna peranti Pixel 6 ke atas (yang mempunyai pengimbas cap jari di bawah skrin) perlu memastikan skrin menyala sebelum jari boleh diimbas. Kemas kini baharu ini mengikut apa yang pengeluar peranti Android China telah lama lakukan dan percayalah walaupun nampak seakan tidak memberi kesan – ciri ini sebenarnya sangat berguna.
Ketika ciri ini diuji, ia terhad kepada Pixel 9 sahaja. Namun selepas kemas kini Android 16 Beta 3, ciri ini diaktifkan kepada semua peranti Pixel dengan pengimbas cap jari di bawah skrin. Ciri ini dijangka akan diperkenalkan di dalam versi stabil Android 16 nanti.