Carian
Oppo Bakal Melancarkan Tiga Model Baharu Dalam Siri Find X8 Pada 10 April 2025
March 24, 2025 Amy Maizuraa

Oppo akan memperkenalkan tiga model baharu dalam siri Find X8 tidak lama lagi. Ianya termasuklah Oppo Find X8 Ultra, Oppo Find X8s dan Oppo Find X8s+. Ketiga-tiganya dijangka hadir dengan ciri dan fungsi yang lebih menarik untuk memenuhi keperluan pengguna masa kini. Antara tarikan utama adalah rekaan kompak, yang telah menjadi trend dalam kalangan pengeluar sejak tahun lalu.

Tiada spesifikasi rasmi yang didedahkan namun menurut desas-desus, Oppo Find X8 ultra hadir dengan skrin OLED beresolusi 2K, bateri besar 6000mAh dan dua kamera telephoto periskop – satu dengan zum optik 3X dan satu lagi menyokong zum 6X. Manakala Oppo Find X8s boleh menampilkan skrin 6.3-inci beresolusi 1.5K, dan skrin Find X8s+ pula mungkin sebesar 6.59-inci. Kedua-dua juga dijangka dijana oleh cip pemprosesan terkini untuk prestasi lebih baik.

Untuk makluman, Find X8 dan Find X8 Pro sebelum ini sedia ditawarkan di Malaysia dengan harga permulaan RM3,699 dan RM4,999.

Komen