Sejak ditubuhkan pada tahu 2010 dengan pelancaran sistem operasi MIUI. Setahun kemudian telefon pertama dijual dan sejak itu mereka telah menawarkan tablet, jam, TV, mesin basuh, kamera litar tertutup, penapis air, power bank, penyaman udara dan kereta elektrik. Seterusnya dalam senarai kejayaan Xiaomi ialah menghasilkan “tembikai kalis peluru”.

Tembikai kalis peluru ini bukanlah produk yang dijual sebaliknya sekadar buah yang disalut dengan lapisan yang sama digunakan pada bateri kereta SU7 keluaran Xiaomi. Dalam video yang dikongsi Xiaomi menerusi Weibo, CEO Lei Jun menjatuhkan tembikai kalis peluru dari tingkat enam kilang kereta. Buah tidak pecah dan meletup sebaliknya menyerap hentakan.
Lapisan yang menyalut pek bateri SU7 ini menurut Lei Jun adalah tahan koyak, calar dan ditembusi berbanding lapisan PVC yang digunakan pada pek bateri kenderaan lain. Oleh itu pemilik SU 7 tidak perlu risau bateri akan mengalami kerosakan yang menyebabkan kebakaran sekiranya kenderaan terlibat dalam kemalangan.
Apabila disoal oleh warganet sama ada tembikai masih boleh dimakan selepas terjatuh dari tingkat tujuh bangunan, Lei Jun berseloroh beliau tidak tahu kerana boleh tidak boleh dipotong walaupun menggunakan kapak.