Carian
Pengguna Google Pixel 9 Melaporkan Masalah Jam Penggera Tidak Berbunyi
March 24, 2025 Fahim Zahar

Antara alasan lambat datang kerja yang popular adalah masalah kenderaan, perut sakit atau penggera tidak berbunyi. Majikan anda mungkin sudah bosan dan berang mendengar alasan sama ini dan lebih nasib malang apabila anda adalah pengguna Google Pixel 9. Ini kerana, ramai pengguna Pixel 9 melaporkan peranti mereka ada masalah penggera tidak akan berbunyi. Mungkin dengan peranti ini alasan anda lambat datang ke kerja boleh diterima?

Ini sebenarnya bukan perkara yang mengejutkan kerana bukan kali pertama telefon pintar Pixel dilaporkan ada masalah penggera tidak berbunyi. Ada pengguna melaporkan mereka menetapkan lima penggera dan satu pun tidak berbunyi selepas aplikasi Clock dikemaskini di Play Store. Pengguna lain pula melaporkan mereka bangun lewat satu jam dengan yakin penggera tidak berbunyi kerana apabila peranti disemak ada notifikasi penggera asal bakal berbunyi sedangkan ia sudah lewat.

Ini juga bukan kali pertama saya dengar isu ini dilaporkan. Malah ia pernah terjadi kepada saya sendiri, cuma tidak kerap. Saya tetapkan penggera 5 pagi tetapi ia tidak berbunyi dan apabila saya sedar pada sekitar 5.40 pagi, peranti saya mengeluarkan notifikasi yang saya telah terlepas penggera jam 5. Isu ini dilihat berlaku secara rawak dan sebab sebenar masih tidak diketahui sehingga hari ini.

Komen