Carian
Nikmati Detik Raya Penuh Bermakna Dengan OPPO A5 Pro 5G
March 25, 2025 Amy Maizuraa

Musim perayaan hampir tiba! Jadikan perayaan kali ini lebih istimewa dengan peranti moden yang direka untuk memenuhi gaya hidup anda. Mudah digunakan, bergaya untuk dilihat, dan praktikal untuk keperluan harian anda. Dengan OPPO A5 Pro 5G, semua ini boleh menjadi kenyataan. 


Gabungan Bahan Berkualiti Tinggi

OPPO A5 Pro 5G menonjol dengan ketahanan luar biasa, bahan berkualiti tinggi, serta kerangka tahan hentakan dan calar. Sesuai untuk pelbagai aktiviti, termasuk musim perayaan, telefon ini dilengkapi skrin kaca tahan lasak yang memberikan perlindungan maksimum bagi memastikan keselamatan walaupun terjatuh secara tidak sengaja.

Lebih menarik, OPPO A5 Pro kini dilengkapi dengan IP69/68/66, yang merupakan peningkatan ketara berbanding generasi sebelumnya dengan penarafan IP54. Perlindungan ini memberikan ketahanan tambahan, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pelbagai situasi semasa perayaan. Sama ada ketika pulang ke kampung atau menjalankan aktiviti di luar rumah, OPPO A5 Pro memastikan ia kekal berfungsi dengan baik dalam apa jua keadaan.


Peneman Raya yang Tahan Lasak

Bayangkan sedang sibuk beraya, seperti bersalaman dengan saudara-mara, membantu di dapur, atau menguruskan anak kecil, tiba-tiba telefon anda terjatuh dari poket. Dengan Ketahanan Gred Ketenteraan (Military Standard) yang ditawarkan oleh OPPO A5 Pro 5G, anda tidak perlu risau lagi. Telefon ini dilengkapi dengan perlindungan hentakan yang dipertingkatkan sebanyak 160% bagi memastikan ia mampu menahan hentakan berpunca daripada jatuh yang tidak sengaja dengan baik.

Direka untuk ketahanan maksimum, OPPO A5 Pro 5G juga mempunyai High-Strength Aluminium Motherboard Cover yang melindungi komponen penting daripada kerosakan untuk memberikan perlindungan tambahan yang tahan lasak. Lebih menarik, telefon ini turut dilengkapi dengan ciri Sponge Bionic Cushioning, yang berfungsi seperti beg udara untuk menyerap kesan hentakan dengan berkesan, dan memastikan telefon kekal dalam keadaan baik walaupun terjatuh secara tidak sengaja.


Sambungan Lancar Untuk Kemeriahan Raya

Walaupun dalam kesibukan suasana riuh rendah semasa perayaan, OPPO A5 Pro 5G sentiasa memastikan sambungan anda kekal stabil dan lancar. Dengan teknologi AI Link Boost 2.0, telefon ini boleh memastikan isyarat anda kekal stabil walaupun dalam suasana yang sesak seperti rumah terbuka, atau semasa perjalanan pulang ke kampung. Teknologi ini boleh menjamin sambungan yang lancar lalu membolehkan anda berkomunikasi dengan mudah, dan berkongsi kenangan raya tanpa halangan.

Selain itu, telefon ini dilengkapi dengan ciri BeaconLink, yang boleh memanjangkan jarak sambungan bluetooth sehingga 205 meter. Ciri ini amat berguna untuk memastikan anda kekal berhubung walaupun berada di kawasan dengan isyarat yang lemah atau tiada isyarat langsung, seperti semasa berada di luar bandar atau kawasan terpencil ketika balik kampung. Dengan teknologi AI Game Boost pula, anda dapat menikmati pengalaman permainan yang lancar dan menyeronokkan bersama sepupu di ruang tamu selepas menjamu selera juadah Raya.  


Raya Tanpa Henti Dengan Bateri Besar

Sibuk beraya memang menyeronokkan, tetapi bateri telefon yang cepat habis boleh menjadi sesuatu yang sangat menjengkelkan – lebih-lebih lagi jika anda jenis yang suka beraya sakan dengan perjalanan jauh dari satu lokasi ke lokasi lain. Dengan bateri besar 5,800mAh, OPPO A5 Pro 5G membolehkan anda menikmati Raya dengan penuh gaya tanpa risau tentang kehabisan kuasa. Sekiranya bateri habis selepas seharian sibuk beraya, anda tidak perlu bimbang. Teknologi 45W SUPERVOOC Flash Charge memastikan telefon kembali berfungsi sebaik sahaja tiba di rumah.

Sebagai tambahan kepada ciri-ciri yang canggih tadi, OPPO A5 Pro 5G juga dijana dengan cip MediaTek Dimensity 6300, yang menawarkan prestasi memadai untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan pengguna. Selain itu, skrin besar bersaiz 6.67-inci juga memberikan pengalaman visual memuaskan untuk menstrim video suasana Hari Raya bersama keluarga dan berkongsi detik perayaan di media sosial. 

Kesimpulan

Raya pastinya lebih bermakna dengan OPPO A5 Pro 5G. Ia bukan sekadar peneman setia yang membolehkan anda menikmati musim perayaan dengan penuh keseronokan. Malahan ketahanan yang luar biasa, rekaan yang menarik, dan bateri tahan lama menjadikannya pilihan unggul. Raikan kemeriahan Aidilfitri dengan OPPO A5 Pro 5G, peneman setia yang menjadikan setiap momen perayaan lebih bermakna. Miliki OPPO A5 Pro 5G dengan harga RM 1,099 sekarang. 

Penafian : Advertorial daripada OPPO Malaysia

Komen