Carian
AirPods Max Dikemaskini Bulan Depan Membawakan Ciri Audio Nirhilang dan Masa Pendam Rendah
March 25, 2025 Effi Saharudin

Berita baik bagi pemilik AirPods Max kerana fon kepala premium Apple ini akan dikemaskini pada bulan April bagi membawakan ciri penstriman audio nirhilang serta masa pendam lebih rendah. Audio nirhilang yang disokong ialah 24-bit, 48 kHz yang boleh dinikmati menerusi Apple Music dan Apple TV.

Sungguhpun begitu hanya AirPods Max dengan USB-C sahaja boleh menggunakan kemampuan audio baharu ini kerana ia memerlukan sambungan kabel USB-C untuk berfungsi. Pemilik model AirPods Max dengan Lightning hanya boleh berputih mata sahaja pada ketika ini.

Menerusi kemas kini ini juga, AirPods Max USB-C menjadi satu-satunya fon kepala yang membenarkan proses menghasilkan audio spatial dengan penjejakan kepala menerus perisian Logic Pro. Di Malaysia AirPods Max USB-C boleh dibeli pada harga RM2499 sepasang.

Komen