Carian
Suntingan AI Dan Carian Web Akan Disokong Pada Aplikasi Photos Windows 11
March 25, 2025 Fahim Zahar

Aplikasi Photos di dalam Windows bakal menerima kemas kini yang mungkin membuatkan anda akan kekal setia dengan aplikasi album terbina ini. Di dalam Windows Insider baharu, Photos kini boleh mengesan konteks di dalam gambar untuk pengguna salin teks, melakukan suntingan AI selain turut boleh melakukan carian Internet seakan Circle to Search.

Photos 2025.11030.20006.0 dikatakan diedarkan secara berperingkat kepada pengguna Windows Insider terlebih dahulu. Photos kini mempunyai ciri OCR terbina, di mana ia mengesan kandungan untuk mengenalpasti teks. Pengguna turut boleh mengimbas keseluruhan image untuk melakukan carian menggunakan Bing, dan turut boleh melakukan suntingan AI seperti dengan menggunakan pemadam ajaib.

Bukan itu sahaja, Microsoft turut mula mengintegrasikan Copilot ke dalam Photos, di mana chatbot AI ini akan menjadi pembantu pengguna dalam suntingan atau mendapatkan informasi tambahan. Photos turut dikemaskini untuk memudahkan pengguna menguruskan storan, termasuk folder. Ini adalah antara kemas kini paling berguna untuk aplikasi Photos dalam Windows 11. Harap akan datang pengguna boleh log masuk Google Photos dan tidak terhad kepada OneDrive sahaja.

Komen