Carian
Penggera Pada Apple Watch Akan Berbunyi Walaupun Jam Bisu
March 25, 2025 Fahim Zahar

Semalam telah kami laporkan yang segelintir pengguna Pixel 9 mengalami masalah jam penggera tidak berbunyi. Ini menyebabkan ramai pengguna terlepas sahur atau terlewat untuk menghadirkan diri di tempat kerja. Pada Apple Watch pula, kini apabila jam dibisukan (berada dalam mod Silent) penggera akan berbunyi.

Dalam kemas kini watchOS 11.4, Apple telah mengemaskini Silent Mode untuk Apple Watch. Sebelum ini mod bisu akan berubah menjadi pemberitahuan notifikasi melalui getaran jam sahaja. Kemas kini baharu ini membenarkan penggera berbunyi walaupun jam telah dibisukan. Mereka yang menggunakan Apple Watch dengan watchOS 11.4 akan mempunyai pilihan menetapkan penggera dengan Break Through Silent Mode. Tidak kira pukul berapa dan di mana, jam anda bisu – penggera akan berbunyi bagi memperingati diri atau mengejutkan tidur.

Komen