Carian
Ant Group Dilihat Jimat Kos Latihan AI Sehingga 20% Dengan Guna Cip Keluaran Syarikat China
March 25, 2025 Aman

Ant Group, salah satu syarikat sekutu Alibaba, yang turut mempunyai pemilikan pada Touch n Go eWallet di Malaysia, kini berkongsi salah satu pencapaian baharu, mengatakan berjaya menjimatkan kos latihan untuk model kecerdasan buatan sehingga 20%.

Perkara ini dijayakan dengan menggunakan cip keluaran syarikat China sendiri, iaitu keluaran Alibaba dan juga Huawei. Cip ini digunakan untuk melatih model kecerdasan buatan mereka, dan dilihat mencapai hasil yang lebih kurang sama seperti menggunakan cip NVIDIA.

Perkembangan ini sekaligus memperlihatkan cip keluaran firma-firma di China kini telah mencapai keupayaan setara dengan cip NVIDIA dan lain – sekaligus memperlihatkan sekatan dagangan oleh Amerika Syarikat mempercepatkan lagi inovasi berlaku, membolehkan China hadir dengan penawaran yang lebih efisien dari segi kos. 

Komen