Carian
Anda Kelak Boleh Buang Kandungan Untuk Sambung Tonton Di Disney+
March 25, 2025 Fahim Zahar

Saya amat menghargai platform penstriman video seperti Netflix, Disney+ atau Prime Video kerana mempunyai ciri mengingatkan pengguna untuk sambung tonton. Video yang tidak habis ditonton akan diberikan fokus pada platform, seperti notifikasi atau visual yang memaparkan garis merah durasi atau baki masa untuk menghabiskan tontonan.

Masalah dengan ciri ini adalah, apabila pengguna tidak tonton kredit atau hanya ingin ulang tayang adegan menarik – video yang sudah habis ditonton akan kembali menjadi “sambung tonton”. Disney+ telah menemui cara untuk membuang video dari ciri “Continue Watching” dengan tekan dan tahan pada kandungan dan pilih Remove. Pilihan kedua adalah pergi ke butiran kandungan dan tekan ikon “-” di dalam bulatan kecil untuk terus membuangnya. Buat masa ini ia terhad di web dan Apple TV. Sokongan pada peranti Android, iOS, Android TV dan pada Disney+ Hotstar masih tidak diketahui bila akan menyokongnya.

Komen