Carian
ASUS ROG G700 Kini Di Malaysia Dengan RTX 5080 – Harga RM14,999
March 25, 2025 Effi Saharudin

ASUS ROG G700 telah dilancarkan hari ini dengan ia dilengkapi cip Intel Core 9 Ultra 285K yang dipadankan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5080 PRIME 16GB GDDR7. Komputer untuk gaming ini juga hadir dengan memori sebesar 32GB RAM DDR5 dan storan sebesar 1TB M.2 2280 NVMeTM PCIe 4.0.

Komputer dengan sistem operasi Windows 11 Home ini juga tampil dengan sistem penyejukan cecair serta sistem lampu LED Aura Sync. Sistem penyejukan terdiri daripada empat kipas 120mm dan radioator 240mm. Menara komputer mempunyai panel kaca sisi lutsinar yang membolehkan komponen dalaman dan sistem lampu dilihat dengan jelas oleh pemilik. Kesemua komponen ini dikuasakan oleh sumber kuasa 850W.

Selain itu sistem audio dengan 7.1 saluran, sokongan rangkaian WiFi6 dan LAN 2.5Gb juga disertakan bagi melengkapkan spesifikasi komputer yang mempunyai kuasa mencukupi bukan sahaja untuk gaming tetapi juga penghasilan kandungan. Di Malaysia ASUS ROG G700 dijual pada harga RM14,999 sebuah.

Komen