Huawei Malaysia kini telah mula menjual gelang tangan pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Band 10. Ia ditawarkan pada harga bermula RM189, dan pengguna turut akan menerima baucar RM40 untuk penbelian atas-talian untuk tempoh terhad.

Huawei Band 10 hadir dengan skrin 1.47-inci AMOLED, hadir dengan integrasi sejumlah sensor termasuk untuk pengimbas denyutan nadi, serta kalis air 5ATM. Melalui penggunaan bateri, Huawei Band 10 boleh bertahan sehingga 14 hari lamanya.
Salah satu kelebihan yang disertakan pada Huawei Band 10 adalah sokongan pembayaran QR melalui integrasi TNG eWallet. Ini sekaligus memudahkan anda melakukan pembayaran terus dengan menggunakan Huawei Band 10, tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar anda.
Bagi anda yang berminat, sudah boleh mendapatkan Huawei Band 10 melalui laman rasmi Huawei, pada harga bermula RM189.