Carian
Napster Diambil-alih Pada Harga $207 Juta – Perkhidmatan Perkongsian Muzik Melalui Internet Terawal
March 25, 2025 Aman

Napster merupakan salah satu perkhidmatan terawal di era permulaan internet, yang memfokuskan kepada perkhidmatan perkongsian muzik. Ia telah dimulakan pada tahun 1999, namun, perkhidmatan ditamatkan pada 2001 disebabkan oleh pelbagai masalah perundangan disebabkan pelanggaran hak cipta dan lain-lain.

Aset-aset Napster seterusnya telah berpindah milik beberapa kali. Terbaru, Napster telah diambil-alih oleh sebuah syarikat memfokuskan teknologi 3D, dinamakan Infinite Reality.

Infinite Reality mengambil-alih ia pada nilai $207 juta, dan mengunakan Napster sebagai pemasaran dalam dunia metamesta. Mengikut perancangan awal, Infinite Reality ingin membolehkan pengguna mencipta ruang maya 3D, dan melakukan beberapa perkara termasuk mengikuti konsert atau mendengar lagu melalui ruangan 3D maya berkenaan.

Napster dikatakan mempunyai lesen penstriman untuk berjuta lagu, yang amat berguna untuk Infinite Reality dalam menceburi arena baharu ini. Secara kasar, ia juga diberikan gambaran seumpama Clubhouse dengan fokus terhadap muzik.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan era Napster baharu bermula.

Komen