DJ With Apple Music Diperkenalkan Membolehkan DJ Mengadun Muzik Menggunakan Keseluruhan Katalog
Fahim Zahar
DJ With Apple Music baru sahaja diperkenalkan oleh Apple untuk para DJ yang melanggan Apple Music. Ia adalah alatan khas untuk mereka yang melanggan Apple Music mengadun lagu untuk dimainkan menggunakan koleksi muzik Apple. Nampaknya sekarang, adunan muzik untuk DJ pun sudah ke arah penstriman.
Apple benar-benar cuba menarik perhatian ramai DJ kerana mereka turut memastikan DJ with Apple Music mesra bersama perisian seperti AlphaTheta, Serato and InMusic’s Engine DJ, Denon DJ, Numark, dan Rane DJ. DJ with Apple Music turut hadir dengan integrasi perisian Algoriddim Djay Pro.

Apple turut sedia bekerjasama dengan para DJ profesional untuk memastikan lagu yang disediakan sesuai untuk diadun. Misalnya, DJ with Apple Music mempunyai laman memaparkan kategori muzik, menyediakan pelbagai senarai main yang mesra DJ, serta laman khas untuk penggunaan bersama pelbagai alatan DJ sama ada senarai main untuk berlatih dan sebagainya.
Kini para DJ yang melanggan Apple Music boleh menggunakan lebih 100 juta pilihan lagu untuk diadun ketika mana-mana sesi yang memerlukan muzik unik dimainkan kepada orang ramai.
[sumber] Music Week [/sumber]