Honor Pad X9a WiFi Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM999
Amy Maizuraa
Honor Pad X9a telah diumumkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM999. Pembelian tablet ini disertakan dengan papan kekunci dan stylus secara percuma. Selain itu, pembeli juga akan menerima langganan iQiyi selama 3 bulan yang memberikan akses kepada pelbagai kandungan hiburan premium.

Tablet ini dilengkapi skrin LCD 11.5 inci beresolusi 2.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai dengan cip Snapdragon 685, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB, dan bateri 8,300mAh dengan pengecasan pantas 35W. Tablet ini juga menyokong aksesori seperti stylus dan papan kekunci bluetooth menjadikannya pilihan menarik untuk tujuan produktiviti.

Dalam pada itu, Honor turut akan melancarkan versi LTE dalam pelancaran pada 10 April akan datang. Kedua-duanya dijangka mempunyai banyak persamaan dengan perbezaan utama pada cip pemproses dan sambungan. Maklumat lanjut seperti spesifikasi penuh serta harga akan dikongsi selepas pelancaran rasmi.