Carian
Muhammad, Abdullah, Abdul, Nur, Siti Dan Nurul Antara Nama Paling Banyak Didaftarkan – JPN
March 26, 2025 Amy Maizuraa

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Badrul Hisham, nama-nama seperti Muhammad, Abdullah, Abdul, Nur, Siti, dan Nurul terus menjadi pilihan utama ibu bapa di Malaysia. Dalam masa yang sama menjadi antara nama yang paling banyak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga 26 Mac 2025.

Nama-nama tersebut sering dipilih kerana melambangkan identiti islamik dan budaya Melayu. Selain itu, nama-nama berunsur Arab seperti Aisyah, Meryam dan Rayyan juga popular kerana membawa makna yang baik. Trend ini menunjukkan bahawa ibu bapa pada masa ini cenderung memberi nama yang mudah diingat, serta membawa makna yang indah.

Beliau berkata, ejaan nama turut mengalami perubahan dengan nama-nama klasik seperti Amir dieja sebagai Ameer dan Zahra sebagai Zara untuk lebih moden. Selain itu, nama terpanjang yang didaftarkan setakat ini mempunyai 15 patah perkataan manakala nama paling pendek pula mengandungi dua abjad.

Bagi tujuan keturunan dan pangkat pula, JPN akan mengambil kira sama ada gelaran itu sememangnya diwarisi daripada keluarga atau tidak sebelum membenarkan pendaftaran dibuat.

Komen