Carian
Sebuah Aplikasi Sedang Dibangunkan Untuk Memudahkan Pengecasan Kenderaan Elektrik
March 26, 2025 Nazrin

Seperti yang sedia maklum, pemilikan kenderaan elektrik semakin meningkat di Malaysia, dan selari dengan itu, sama juga dengan syarikat-syarikat pengecasan kenderaan EV ini. Banyak daripada perkhidmatan-perkhidmatan pengecasan ini juga dilihat hadir dengan aplikasi mereka tersendiri untuk membolehkan anda menempah tempat dan membayar untuk perkhidmatan pengecasan tersebut, dan ini memaksa pemilik-pemilik kenderaan elektrik ini untuk memuat-turun banyak aplikasi untuk satu tujuan sahaja.

Terkini, PLANMalaysia dilaporkan sedang dalam proses membangunkan sebuah aplikasi untuk mengumpul semua perkhidmatan-perkhidmatan pengecasan EV ini di satu platform. Apabila siap, aplikasi ini dijangka membolehkan pemilik kenderaan elektrik untuk mencari, menempah dan membayar pengecasan dengan cepat dan mudah.

PLANMalaysia juga dilaporkan sedang berbincang dengan Malaysian Green Technology and Climate Change Corp (MGTC) dan Malaysia Digital Department bersama-sama dengan syarikat-syarikat pengecasan untuk membangunkan aplikasi ini.

Diantara cabaran yang diperlihatkan termasuklah mengintegrasikan data masa nyata daripada perkhidmatan-perkhidmatan ini dan memastikan bahawa data yang diterima adalah tepat dan jitu.

Kerajaan Malaysia mahu 10 ribu ruang pengecasan kenderaan elektrik dibangunkan menjelang penghujung 2026, dan buat masa ini, setakat 31 Disember 2025 sebanyak 3611 ruang pengecasan kenderaan elektrik telah dibangunkan. Dari segi jumlah kereta pula, sebanyak 42,452 kenderaan elektrik telah didaftarkan sejak 2018 sehingga bulan Februari tahun ini.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi ini akan siap dibangunkan.

Komen