Hari ini, aplikasi komuniti atas talian Discord telah memperlihatkan pembaharuan pada aplikasi Desktop mereka, dengan memperlihatkan antaramuka baru dari segi gaming overlay yang baru dan lebih kemas, bersama-sama dengan penambahan pilihan mod gelap baru dan sebagainya.

Gaming Overlay baru Discord memperlihatkan antarmuka yang lebih kemas, dan tidak mengambil begitu banyak ruangan skrin anda, disamping membolehkan anda untuk melihat strim video pengguna lain sambil anda memain permainan anda sendiri.

Antaramuka aplikasi desktop Discord juga tampil dengan mod-mod terang dan gelap tambahan yang terdiri daripada Light, Ash, Dark dan Onyx. Ketumpatan UI pada program tersebut juga boleh diubahsuai mengikut keselesaan anda.

Menu untuk mengubahsuai tetapan mikrofon, suara dan video juga telah ditukar untuk akses lebih mudah dan cepat. Notifikasi apabila mikrofon dan kamera web anda aktif juga kini lebih jelas, dan akan lebih sedar sekiranya orang lain boleh melihat atau mendengar mereka.
Kemaskini perisian ini diperlihatkan untuk versi desktop terlebih dahulu, dan dijangka akan dikeluarkan untuk platform lain seperti iOS dan Android kelak.