Oracle Digodam Menyebabkan Data 144,000 Pelanggan Berjaya Dicuri
Effi Saharudin
Oracle telah menjadi mangsa serangan penggodam dengan 6 juta barisan data daripada 144,000 pelanggan telah berjaya dicuri menurut laporan Bleeping Computer. Data telah dijual menerusi laman pasaran gelap dengan penggodam meminta Oracle membayar 100,000 XMR (~RM 97 juta) untuk mendedahkan kerentanan yang digunakan sehingga menyebabkan sistem boleh diakses.

Pihak Oracle menafikan sistem awanan Orcle Cloud sudah berjaya ditembusi penggodam tetapi beberapa pelanggan mengesahkan kesahihan data yang dicuri. Antara yang berjaya dicuri ialah kata laluan yang disulitkan, fail Java Keystore (JKS), fail utama dan kunci pengurus JPS pelanggan.
Penggodam berkata sistem berjaya diakses 40 hari yang lalu. Penggodam bukan sahaja ingin menjual data tetapi meminta bantuan penggodam lain untuk menyahsulit kata laluan dalam pangkalan data yang dicuri.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.