Canon telah melancarkan dua kamera baharu yang berfokuskan video untuk pasaran global. Kamera pertama ialah PowerShot V1 yang turut telah dilancarkan sebulan yang lalu. Kamera kedua pula ialah EOS R50 V, yang dikatakan menjadi versi baharu yang direka semula daripada model EOS R50 sebelum ini dan kini dioptimumkan untuk kegunaan video.

EOS R50 V hadir dengan pelbagai ciri menarik termasuk butang penstiman langsung, butang rakaman filem di bahagian depan kamera, dan lubang skru tripod yang sesuai untuk penggambaran menegak. Kamera ini menggunakan sensor APS-C CMOS beresolusi 24.2MP bersama pemproses imej DIGIC X. Ia mampu merakam video 4K pada 60fps dengan sokongan YCC 422 10-bit untuk menghasilkan kualiti imej yang lebih tajam dan jelas. Sistem autofokus pintar Dual Pixel CMOS AF II juga disertakan bagi memastikan penjejakan subjek yang pantas dan tepat.

EOS R50 V juga direka khusus untuk pencipta kandungan dengan ciri-ciri seperti penstriman langsung, rakaman audio melalui empat saluran (UVC/UAC, HDMI, Camera Connect, dan Live Switcher), serta kawalan zum khusus. Kamera ini turut menyokong lima pratetapan suntingan imej yang serasi digunakan dengan Cinema EOS, termasuk Canon Log 3 untuk suntingan yang lebih baik. EOS R50 V akan tersedia pada April 2025 dengan anggaran harga $649.99 (~RM2,880) untuk tubuh dan $849.99 (~RM3,767.16) bersama lensa RF-S14-30mm F4-6.3 IS STM PZ.