Nothing Pernah Merancang Untuk Cas Pengguna RM500 Guna Butang Fizikal Tambahan
Fahim Zahar
Essential Space adalah ciri eksklusif baharu pada Nothing Phone (3a) dan Phone (3a) Pro. Ia boleh diseru dengan butang fizikal Essential Key. Fungsinya adalah sebagai hab memori kedua yang menyimpan semua tangkapan layar. Teknologi AI akan mengenalpasti kandungan di dalam tangkapan layar untuk menjana rumusan kepada pengguna, mencadangkan peringatan dan turut boleh memberi notifikasi. Terbaru, Nothing dilaporkan pernah merancang untuk mengenakan bayaran jika ingin menggunakannya.

Pasukan Android Authorities menemui kod pembangunan dari dalam aplikasi mencadangkan ada petanda mengenai percubaan percuma dan kredit AI. Di dalam kod ini turut ditemui adalah ruang letak harga sekitar RM532. Ia mungkin harga untuk satu tahun tetapi tidak pasti. Essential Space dan Essential Key adalah ciri percuma pada kedua-dua Phone (3a). Jika kod in ditemui, adakah Nothing merancang untuk mengenakan bayaran kepada pengguna atau ia hanya ujian dalaman yang tidak direalisasikan.

Kod ini dikatakan adalah untuk mengunci akses kepada sesetengah ciri Essential Space. Akan datang Smart Collections, Focused Search, dan Flip to Record turut akan diberikan. Setakat ini, hanya Samsung sahaja yang berkongsi secara rasmi Galaxy AI adalah perkhidmatan percuma sehingga hujung tahun 2025. Pengeluar lain menawarkan akses ciri AI secara percuma dan diharapkan Nothing akan kekal memberikannya secara percuma.
[sumber] Android Authority [/sumber]