Microsoft dijangka akan memperkenalkan tablet PC Microsoft Surface Pro serba baru tidak lama lagi, yang nampaknya akan hadir dengan saiz paparan skrin yang lebih kecil, iaitu 12 inci.

Peranti Surface Pro dengan saiz paparan baru ini dilaporkan sudah memasuki pengkalan data pengesahan peranti di China dan terdiri daripada dua model, yang mempunyai nombor model 2109 dan 2110.
Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai tablet Surface Pro yang baru ini, tetapi ia akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X dan hadir dengan penawaran lebih premium apabila dibandingkan dengan peranti mampu milik mereka, Microsoft Surface Go.

Ia dijangka bahawa Microsoft akan memperlihatkan Microsoft Surface Pro yang lebih padat ini dengan komputer riba Microsoft Surface Laptop sekitar bulan hadapan, dan jualannya akan bermula tidak lama selepas itu.