Carian
Anda Nanti Mungkin Boleh Merakam Video 8K Dengan iPhone 17
March 27, 2025 Fahim Zahar

Apple sebelum ini dilaporkan akan membawakan sokongan rakaman video 8K untuk iPhone. Ia kali pertama dilaporkan untuk iPhone 14, kemudian iPhone 15 dan kini dengan iPhone 16 sokongan ini masih tidak kelihatan. Namun dengan pelbagai informasi tertiris mengenai iPhone 17 dengan perubahan drastik, sokongan itu mungkin akan dibawakan pada peranti ini.

Apple sebelum ini telah menguji sokongan rakaman video 8K pada iPhone 16 Pro, namun tanpa penjelasan ia tidak disertakan. Untuk iPhone 17 nanti, sokongan rakaman video 8K dikatakan adalah untuk dua sensor seperti sensor lebar dan ultra lebar. Namun jenis rakaman seperti adalah 8K 120fps, atau terhad kepada 8K 60fps masih tidak diketahui.

Pada iPhone 16 Pro, sokongan rakaman video 4K boleh dilakukan sehingga kadar 120fps. Mungkin Apple akan menawarkan beberapa mod rakaman berbeza nanti? Sama-sama kita nantikan.

Komen