TikTok sering bereksperimen dengan beberapa penawaran aplikasi berasingan untuk melihat sesuatu ciri berkenaan menerima permintaan tinggi atau sebaliknya. Pada tahun lepas, TikTok telah hadir dengan sebuah aplikasi yang memfokuskan perkongsian gambar dan teks, dinamakan TikTok Notes. Namun, kini, selang setahun, TikTok mengumumkan penamatan aplikasi berkenaan.
TikTok Notes menawarkan pengalaman penggunaan seperti XiaoHongShu, dimana perkongsian dipaparkan dalam bentuk grid, dan pengguna boleh mengakses lanjut untuk melihat gambar dan teks yang dikongsikan bersama. Ketika pelancaran sendiri, TikTok Notes ditawarkan di beberapa buah negara sahaja, dan tidak meluas.

Sebab penamatan tidak dikongsikan. Tetapi, syarikat induk TikTok, iaitu ByteDance sedia menawarkan aplikasi yang lebih kurang sama dinamakan sebagai Lemon8.