Infinix Note 50x telah dilancarkan secara rasmi, dengan ia menjadi penawaran keempat dalam siri berkenaan. Ia dipasarkan dalam segmen peranti kelas pertengahan dengan sokongan rangkaian 5G terbina. Selain turut mempunyai ciri dan fungsi terkini.

Infinix Note 50x dilengkapi dengan 6.67-inci LCD HD+ dengan resolusi 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 7300 Ultimate, bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ia juga menjalankan perisian terkini XOS 15 berasaskan Android 15 yang menyediakan ciri berasaskan AI seperti Call Assistant, Writing and Document Assistant, AIGC Portrait Mode, AI Note, AI Wallpaper Generator dan FOLAX AI Voice Assistant.

Kamera pula terdiri dengan 50MP di belakang dan swafoto sebesar 8MP. Telefon ini juga dilengkapi dengan bateri 5,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Di samping ciri tambahan lain seperti IR Blaster, NFC dan pembesar suara stereo.