Carian
Pempengaruh Kewangan Akan Tertakluk Dengan Garis Panduan Pengiklanan Pasaran Modal Berkuat-Kuasa 1 November
March 27, 2025 Aman

Letusan media sosial turut membawa kepada pelbagai pempengaruh yang berkongsi tips-tips melibatkan pelaburan dan produk kewangan. Selari dengannya, sebelum ini pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sedia mengemaskini garis panduan melibatkan pengiklanan produk-produk yang dikategorikan dibawah pasaran modal, termasuk platform dagangan, kriptowang, dana unit amanah, dan lain-lain.

Garis Panduan ini akan mengenakan larangan terhadap aktiviti promosi atau pengiklanan produk serta perkhidmatan pasaran modal oleh individu yang tidak dilesenkan oleh SC di Malaysia. Langkah ini dalam memastikan aktiviti pengiklanan produk pasaran modal yang bertanggungjawab dan pada masa yang sama memastikan pelabur sentiasa dilindungi.

Selain pempengaruh sendiri, para pengiklan juga turut perlu bertanggungjawab terhadap aktiviti pemasaran oleh ejen-ejen mereka di media sosial. Pada masa yang sama, pempengaruh yang memilih untuk mempromosikan sesuatu produk pasaran modal atas kerelaan sendiir, turut akan tertakluk dibawah Garis Panduan ini.

SC mengatakan garis panduan yang disemak semula akan berkuat-kuasa bermula 1 November 2025 kelak. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak garis panduan ini melalui laman rasmi SC hari ini.

Komen