Carian
Facebook Memperkenalkan Tab Khas Hanya Untuk Rakan
March 28, 2025 Effi Saharudin

Saya sudah lebih sepuluh tahun tidak menggunakan Facebook secara aktif kerana algoritma yang diperkenalkan Mark Zuckerberg menyebabkan kandungan tular dan sampah dimuntahkan ke susur masa walaupun tidak relevan. Hari ini Facebook mengumumkan mereka memperkenalkan tab khas yang akan hanya memaparkan kemas kini daripada rakan anda.

Menerusi tab ini, sebarang kemas kini, muatan naik status, hari jadi, stories, dan reels daripada rakan dapat dibaca secara setempat. Ia tidak akan dicemari oleh saranan kandungan tular yang kami yakin membuatkan ramai tawar hati untuk menggunakan Facebook. Pada ketika ini tab untuk rakan ini akan diaktifkan kepada pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu untuk diuji sebelum diberikan kepada pengguna global.

Pengenalan tab ini selari dengan janji Zuckerberg awal tahun ini yang ingin mengembalikan semula pengalaman “OG Facebook” di tahun-tahun awal laman media sosial ditubuhkan.

Komen