WhatsApp Boleh Ditetapkan Sebagai Aplikasi Panggilan Telefon dan Pemesejan Lalai di iPhone
Effi Saharudin
Kerana isu rangkaian selular yang tidak stabil di tempat kerja, saya lebih selesa menggunakan panggilan telefon menggunakan WhatsApp. Malasan mesej juga saya lebih selesa menggunakan aplikasi yang sama kerana antaramuka yang lebih mesra pengguna. Bagi pemilik iPhone, anda kini boleh menetapkan terus WhatsApp sebagai aplikasi lalai (default)untuk panggilan telefon dan pemesejan.

Ciri ini diberikan menerusi kemas kini WhatsApp 25.8.74 untuk iOS. Untuk melakukan perubahan, sila pergi ke Seting > App > App Lalai. Di bawah pilihan Panggilan dan Pemsejean anda boleh memilih WhatsApp sebagai aplikasi lalai peranti anda. Sebelum ini ciri ini hanya diberikan kepada pengguna di negara Kesatuan Eropah (EU) sahaja menerusi kemas kini iOS 18.2.
Untuk menggunakan ciri ini sila kemas kini aplikasi WhatsApp dan juga sistem operasi iOS ke versi paling terkini hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.