Nintendo Memperkenalkan Ciri Meminjamkan Permainan Kepada Rakan
Effi Saharudin
Nintendo memperkenalkan ciri meminjam permainan yang dibeli secara digital kepada rakan atau sanak saudara pada ini. Menerusi ciri ini, permainan boleh dikongsi pada konsol Switch dan juga Switch 2. Kemas kini akan diberikan pada bulan April bagi mengaktifkan ciri ini.

Permainan dalam pustaka pemain boleh dikongsi kepada satu individu pada satu-satu masa selama 2 minggu sahaja. Bagi mengelakkan penyalahgunaan, perkongsian permainan hanya boleh dilakukan apabila dua konsol berada berdekatan antara satu sama lain. Ciri ini amat berguna bagi mereka yang mempunyai adik beradik, rakan atau anak yang ingin memainkan permainan yang sudah dibeli sebelum ini tetapi tidak dalam bentuk kartrij fizikal.
Sebelum pinjaman boleh dilakukan, individu perlu dimasukkan ke dalam akaun Nintendo Switch Family pemilik permainan. ini ialah ciri yang sama seperti yang sudah boleh dilakukan oleh Steam Families sejak tahun lalu.