YES memperkenalkan Kempen Raya Bonanza yang menawarkan data internet percuma sebanyak 44GB kepada pengguna sebagai penghargaan sempena sambutan Hari Raya. Tawaran ini eksklusif untuk semua pelanggan berdaftar YES dan boleh ditebus bermula 28 Mac hingga 3 April 2025.
Pelanggan hanya perlu menebus melalui aplikasi MyYES App dengan klik pada “Add On” untuk mendapatkan data 44GB tersebut secara percuma. Data yang ditebus ini sah digunakan selama dua hari daripada tarikh penebusan.

Pelanggan juga berpeluang memenangi iPhone menerusi Kempen Raya Bonanza – “Win a Brand-New iPhone” yang menawarkan hadiah menarik termasuk model iPhone terbaharu seperti iPhone 16, iPhone 13, dan juga duit raya.
Mereka turut boleh meningkatkan peluang untuk menang dengan menunjukkan transaksi seperti pendaftaran untuk mana-mana pelan prabayar, pascabayar, atau jalur lebar 5G terpilih, serta membuat tambahan langganan atau pembayaran bil antara tarikh hari ini hingga 8 Mei 2025.