Oppo kini mengesahkan beberapa spesifikasi utama untuk peranti baharu Find X8s. Antaranya seperti peranti ini akan dijana dengan cip Mediatek Dimensity 9400+ berkuasa yang dijangka mampu memberikan prestasi yang tinggi.

Peranti ini juga akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar 5700mAh, bersama pengecasan pantas 80W dan nirwayar 50W. Selain itu, Find X8s akan mempunyai rekaan yang kompak dengan bezel nipis, serta tahan lasak dengan penarafan kalis air IP69/68. Peranti ini juga akan menjalankan perisian terkini ColorOS 15 berasaskan Android 15.
Oppo turut meneruskan kerjasama dengan Hasselblad tetapi butiran kamera masih belum disahkan secara rasmi buat masa ini. Find X8s akan dilancarkan dengan peranti Oppo yang lain, seperti X8s Plus, X8 Ultra, Pad 4 Pro, Watch X2 Mini dan Enco Free 4 pada 10 April di China.