Carian
Redmi A5 Dilancarkan Dengan Rekaan Seakan iPhone 16   
March 28, 2025 Amy Maizuraa

Redmi A5 telah dilancarkan secara rasmi di Indonesia dengan rekaan yang menyerupai iPhone 16. Ia boleh dilihat dengan jelas melalui bonggol kamera belakang yang menempat dua kamera utama. Selain itu turut hadir dengan pelbagai pilihan warna menarik seperti Midnight Black, Sandy Gold dan Lake Green.

Redmi A5 menggunakan skrin LCD HD+ 120Hz sebesar 6.88-inci. Ini dipadankan dengan cip UNISOC T7250, bersama pilihan memori 4GB RAM dan storan 128GB. Ia juga menawarkan kamera utama 32MP dan swafoto sebesar 8MP. Selain itu dikuasai oleh bateri 5,200mAh yang boleh dicas dengan port USB-C dan pengecasan 15W. Ciri tambahan lain termasuklah sistem operasi Android 15 (Go Edition), bicu audio 3.5mm dan Bluetooh 5.2.

Komen