Selari dengan pengumuman pihak kerajaan, kini CelcomDigi turut berkongsi berkenaan dengan Insentif Rebat Rahmah dibawah mereka. CelcomDigi mengatakan mereka akan menawarkan data percuma sebanyak 5GB pada 31 Mac 2025 ini, membolehkan pengguna menikmatinya dalam tempoh 24 jam.

Semua pelanggan prabayar dan pascabayar yang mempunyai talian berstatus aktif akan menerima data percuma 5GB ini. Pengguna rangkaian Celcom atau Digi akan menerima data percuma ini untuk penggunaan selama 24 jam, apabila mereka mula menggunakan internet pada peranti mudah-alih antara 7pagi ke 7 malam. Sebaik sahaja diberikan data percuma 5GB berkenaan, pengguna perlu menggunakannya dalam tempoh 24 jam.
CelcomDigi mengatakan mereka tidak akan memberikan sebarang notifikasi SMS, tetapi pengguna boleh melihat status penggunaan data melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.