Carian
China Dikatakan Sedia Jauh Kehadapan Dalam Arena Robot
March 28, 2025 Aman

Perkembangan kecerdasan buatan turut membawa kepada pelbagai pelaburan dalam arena robotik. Kebelakangan ini, pelbagai pihak menyatakan sokongan terhadap pembangunan robot berbentuk manusia, termasuk NVIDIA sendiri yang mula menawarkan teknologi untuknya.

Namun, kini beberapa penganalisa menyatakan China sedia menerajui arena berkenaan. Pada hari ini, terdapat pelbagai syarikat pembangunan robot di China, dan ada yang turut telah mula menawarkan robot kepada pengguna dalam kuantiti sangat terhad.

Disamping itu, salah satu syarikat robot dinamakan Agibot menyasarkan untuk mengeluarkan sekitar 5000 robot pada tahun ini sahaja. Tidak setakat syarikat yang memfokuskan pembangunan robot, syarikat peranti seperti Xiaomi dan Vivo turut telah menyatakan hasrat akan memasuki arena berkenaan.

Menurut penganalisa juga, China bukan sahaja laju dalam pembangunan, tetapi turut membawa kos yang jauh lebih rendah berbanding pengeluar di Amerika Syarikat.

Dengan perkembangan ini, kita mungkin melihat robot mula dipasarkan dengan lebih meluas dalam masa beberapa tahun, sekaligus bergerak lebih pantas berbanding pembangun yang berpusat di Amerika Syarikat. Salah satu syarikat yang membangunkan robot di Amerika Syarikat adalah Tesla, yang turut menyasarkan ingin menghantarkan robot ke planet Marikh.

Komen