Instagram kini menambah satu lagi ciri seperti beberapa perkhidmatan video lain, iaitu kebolehan untuk menonton perkongsian pada kelajuan lebih pantas. Pada pilihan yang ditawarkan melalui kemaskini baharu ini, Instagram membolehkan pengguna menonton Reels pada kelajuan 2x.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu menekan pada bahagian tepi skrin – kiri atau kanan untuk seketika, dan ia akan memainkan video dengan lebih laju sehingga 2x.
Dengan lebih ramai memuat-naik video berdurasi lama pada Instagram Reels, ciri ini dijangka akan menerima permintaan tinggi, sekaligus membolehkan pengguna menonton sesuatu kandungan dengan lebih pantas.
Ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Instagram di seluruh dunia.