Elon Musk hari ini membuat kejutan, dan mengumumkan firma memfokuskan kecerdasan buatan dibawah beliau, iaitu xAI telah mengambil-alih platform media sosial X. xAI mengambil-alih X pada nilai $33 bilion. xAI pula dinilaikan sekitar $80 bilion.
Elon Musk turut berkongsi mengatakan X kini mempunyai lebih 600 juta pengguna aktif, dan sedia menjadi lokasi dituju ramai dalam berbincang pelbagai perkara, termasuk isu semasa dalam masa-nyata.

Dengan pengambil-alihan ini, pelbagai perkara akan digabungkan, termasuk data, model, bakat dan lain-lain. xAI sedia menggunakan data daripada X dalam melatih model kecerdasan buatan mereka, sekaligus menawarkan data masa-nyata pada model mereka, salah satu kekangan yang dihadapi oleh pembangun kecerdasan buatan lain. Kita mungkin melihat integrasi lebih mendalam hasil pengambil-alihan ini.
Sebelum ini, pada 2022 yang lepas, Elon Musk telah mengambil-alih Twitter, dan seterusnya mengubah namanya kepada X. Ketika itu, ia dinilaikan sekitar $44 bilion.