Pengguna WhatsApp Kini Boleh Menambah Muzik Pada Perkongsian Status
Aman
WhatsApp kini memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi, membolehkan para pengguna WhatsApp menambah lagu latar pada perkongsian WhatsApp Status. Ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp seluruh dunia.

Dengan kemaskini ini, apabila pengguna ingin menambah sesuatu Status, mereka akan diperlihatkan dengan ikon berbentuk nota muzik pada bahagian atas, sekaligus membolehkan pengguna menambah muzik pada perkongsian masing-masing. WhatsApp membolehkan menambah lagu berdurasi sehingga 15 saat untuk perkongsian gambar, sementara perkongsian video pula menyokong lagu sehingga 60 saat.
WhatsApp mengatakan katalog mereka mempunyai jutaan lagu untuk dipilih, sekaligus memastikan perkongsian Status pengguna lebih menarik lagi berbanding sebelum ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.