Carian
Permua Kini Boleh Dimainkan Pada Skin Infohibur Kereta Menerusi Android Auto 14.1 
March 30, 2025 Effi Saharudin

Kesemua kereta moden kini hadir dengan skrin besar untuk sistem infohibur kenderaan. Ia digunakan untuk mengawal penyaman udara, melihat kamera belakang, dan bagi yang menyokongnya memaparkan skrin telefon menerusi Android Auto atau CarPlay. Google telah memberikan kemas kini Android Auto 14.1 Beta minggu dan mengaktifkan sokongan memainkan permua terus pada skrin infohibur kenderaan.

Apabila permua dilancarkan, keseluruhan skrin infohibur kenderaan akan menjadi skrin gergasi seakan tablet. Permua boleh dimainkan dengan menyentuh skrin. Atas sebab keselamatan ini, ciri ini hanya boleh diaktifkan apabila kenderaan tidak dipandu. Jika Android Auto mengesan kenderaan bergerak, permua akan ditutup serta merta dan permu tidak boleh lagi dipilih pada skrin Android Auto.

Dalam ujian Beta hanya empat permua disokong iaitu Farm Heroes Saga, Candy Crush Soda Saga, Angry Birds 2 dan Beach Buggy Racing. 

Komen