Amazfit Bip 6 telah dilancarkan secara rasmi sebagai pengganti kepada model Bip 5 sebelum ini. Ia menampilkan skrin AMOLED 1.97-inci dengan resolusi 450 x 390 piksel bersama kecerahan maksimum 2000nits. Ia juga dilengkapi pelbagai ciri pemantauan kesihatan seperti kemampuan kadar degupan jantung sepanjang hari, pemantauan tahap oksigen dalam darah (SPO2), menilai tahap tekanan, serta menganalisis kualiti tidur sebaiknya.

Selain itu, jam tangan ini turut menyokong lebih daripada 140 mod sukan yang menjadikannya sesuai digunakan dalam pelbagai jenis aktiviti. Terdapat juga GPS terbina bersama fungsi peta luar talian yang memudahkan pengguna untuk menjejak laluan tanpa bergantung pada peranti pintar lain.
Bateri pula mampu bertahan sehingga 14 hari dengan penggunaan biasa dan 26 hari jika digunakan dalam mod penjimatan bateri. Bip 6 turut mempunyai kemampuan membuat panggilan melalui sambungan bluetooth di samping kalis air 5ATM yang juga sesuai digunakan semasa berenang.