Carian
Google Mungkin Sedang Bangunkan Gemini Untuk Kanak-Kanak
April 3, 2025 Aman

Google pada hari ini sedia menawarkan sejumlah perkhidmatan dengan fokus terhadap kanak-kanak, dan salah satu yang popular adalah YouTube untuk kanak-kanak. Tidak setakat itu, kini Google dilihat turut sedang membangunkan Gemini, iaitu perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan mereka, khusus untuk kanak-kanak.

Perkara ini diketahui melalui kod pada fail APK yang terbaru, memperlihatkan Google sedang bangunkan Gemini khusus untuk kanak-kanak.

Melaluinya, ia akan membolehkan kanak-kanak menjana cerita untuk dibaca, bertanyakan pelbagai soalan, atau meminta bantuan berkenaan dengan kerja rumah. Penawaran ini juga dijangka hadir dengan polisi kandungan yang lebih dihadkan, selain pelindungan khusus untuk kanak-kanak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkannya, dan bagaimana ia akan diaktifkan kepada akaun kanak-kanak. Namun, ia agak menarik untuk melihat penawaran yang dikhususkan untuk kanak-kanak dibangunkan oleh Google.

Komen