Carsome, salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada jual-beli kenderaan, hari ini mengumumkan kerjasama dengan Google Cloud, untuk memilihnya sebagai penyedia awanan utama untuk kumpulan perniagaan Carsome.

Dengan langkah ini, Carsome akan menggunakan Google Cloud untuk infrastruktur, keselamatan siber, analitik, dan juga Gen AI. Ini juga dijangka akan terus memudahkan lagi urusan transaksi kenderaan dan juga pengalaman pemindahan yang lebih baik.
Carsome sebelum ini telah mencatatkan lebih 500,000 kenderaan yang dijual melalui mereka pada tahun 2024, sekaligus memperlihatkan ia sebagai antara platform jual-beli kenderaan utama di Malaysia. Disamping itu, Carsome turut mempunyai sejumlah perkhidmatan lain dibawah mereka, yang akan mengambil kelebihan Google Cloud dalam terus mengoptimasikan perkhidmatan.