Carian
Trafik Wikipedia Naik Mendadak Sehingga 50% Disebabkan Aktiviti Bot AI Mencuri Data
April 3, 2025 Effi Saharudin

Wikipedia sudah beroperasi sejak 2001 dengan tujuan menawarkan pelbagai maklumat dunia secara percuma di atas talian. Saban tahun Wikipedia Foundation meminta derma daripada orang ramai bagi menampung kos operasi laman. Wikipedia Foundation hari ini melaporkan berlaku peningkatan trafik mengakses kandungan multimedia sehingga 50% tahun lalu.

Sebanyak 65% penggunaan trafik tinggi adalah daripada bot yang mencuri data laman untuk melatih kecerdasan buatan (AI). Lebih merisaukan penggunaan trafik ini adalah luar biasa walaupun hanya 35% pelawat laman adalah bot. Ia mendatangkan beban kepada pelayar web sehingga pengguna biasa tidak dapat mengakses laman apabila diperlukan.

Walaupun pihak Wikipedia berjaya menghalang bot daripada terus melakukan proses mengikis kandungan, bot baharu akan wujud menyebabkan proses menghalangnya perlu dilakukan berkali-kali sehingga membazirkan sumber syarikat.

Komen