Automattic, syarikat sebalik WordPress, WooCommerce dan Tumblr, kini mengumumkan pengurangan pekerja sebanyak 16%, memberikan kesan kepada hampir 280 orang pekerja di syarikat tersebut. Kebanyakkan pekerja yang terkesan dikatakan melibatkan bahagian WooCommerce.

Langkah penstrukturan semula ini dikatakan diperlukan disebabkan oleh pasaran yang semakin kompetitif, disamping kadar evolusi teknologi yang semakin laju berbanding sebelum ini. Penstrukturan semula dengan pengurangan pekerja juga dijangka menjadikan Automattic lebih pantas dan responsif berbanding sebelum ini, disamping memfokuskan kepada kualiti produk yang dibangunkan.
CEO Automattic turut menyatakan mereka perlu meningkatkan kadar produktiviti, keuntungan dan juga kapasiti dalam pelaburan untuk terus menyokong para pelanggan dan juga produk dibawah mereka.